Bismillahirrahmanirrahim...In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful
Ya Allah,
damaikan hatiku yang gundah ini
sungguh....aku tak dapat menahan rasa cinta ini dari terus berputik
Kau Maha Tahu akan isi hatiku
sampaikanlah rasa cintaku ini pada dirinya
aku takut apakah cinta ini akan diterima atau sebaliknya
kerna aku hanyalah orang biasa...
Tipu kalau saya cakap saya tidak mempunyai perasaan seperti ayat diatas..itulah luahan rasa hati ini..
tapi, sapalah diri ini...sekadar insan biasa..diri ini hanya mampu berdoa dan berserah kepada Ilahi..
sesungguhnya Tuhan itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku dimuka bumi ini..
Dia lah yang lebih tahu apa yang terbaik buat diri ini... Sesungguhnya, telah tertulis dari azali setiap jodoh dan ajal setiap manusia yang diciptakanNya..
"Bila mana seorang bayi dilahirkan, telah tercatat di Luh Mahfuz Allah, siapakah jodoh dan ajal mautnya...apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa agar dikurniakan yang terbaik dalam diri ini...dan beringatlah untuk mendapatkan yang terbaik, diri kita sendirilah yang dahulu perlu menjadi baik..."
Kepada sahabat-sahabat yang ingin bercinta, kita perlu tahu 3 jenis jodoh...ehemmmmm, amik dari filem syurga cinta k :p ;
- Jodoh yang diilhamkan syaitan, iaitu kamu berjumpa dengganya, berpegangan tangan, berhibur dengannya dan kemudia tidur dengannya, dia kemudiannya hamil dan kamu menikahinya
- jodoh yang diilhamkan jin, iaitu kamu mencintanya tetapi dia tidak mencintai kamu, kamu menyihirkannya dan membomohkannya untuk berkahwin denganya
- Jodoh yang diilhamkan Allah, kamu bertentang mata dengannya, lahir perasaan cinta dihati kamu terhadapnya dan lahir perasaan cinta darinya terhadap kamu, kamu meminangnya untuk dijadi permaisuri rumah tangga kamu
Khas untuk kaum Adam;
"Cinta bukannya untuk mainan, cinta bukan untuk dipersendakan, cinta yang diperlukan wanita adalah cinta yang ikhlas datang dari hati..cinta yang bersedia untuk hidup semati.."
Khas untuk kaum Hawa;
"Jadilah wanita umpama bunga dalam kaca, tidak mudah didekati dan hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya.."
Ececececece....Meera, tolong jangan gelak.... ini entry khas ditujukan kepada ktk...tersentuh x ktk? eheheheh... :p
Demi perjanjian yang telah kmk buat utk memberi link blog kmk tok utk dibaca ktk, ilham utk membuat satu entry khas utk ktk tetiba dtg... (^_~) ..ktk bertuah..sebabnya, ktklah satu2nya sahabat kmk yang tahu kmk memiliki blog..ahahaha...terima kasih kerna sudi menjenguk blog dan membaca blog kmk yang x seberapa mcm blog ktk...(segan ehhhh...blushing dah muka kmk tok......) insyaAllah, lps ini mungkin diri ini akan aktif dalam dunia blog2 ini.. :p
Adios...bye2.... (^_^)