Wednesday, 1 August 2012

Sematkan dalam diri

:: Sesungguhnya Allah Maha berkuasa, Hanya padaMu ku berserah dan hanya padaMu ku memohon pertolongan ::



                                                                                               Surah Yunus 10:107

Bulan Ramadhan

Alhamdulillah..dipertemukan dgn bulan mulia ini sekali lg......maybe ini Ramdhan yg terakhir utk diri kita..sapa tahu......Jadi, gunakanlah bulan ini dgn sebaik yg mungkin..lakukanlah amal ibadah dgn sebaik yg mungkin... apa yg tidak pernah dilakukan sblm ini, lakukannya....gumpul seberapa byk pahala dibulan mulia ini..yg penting, mencari keredhaan Allah Taala dibulan yg penuh keberkatan ini.... Aminnnn ^^


 "Ya Allah, sesungguhnya, Kau Maha Pengampun, Ku mohon keampunan kepada Mu ...Ampunkanlah segala dosa yg pernah aku lakukan selama ini samaada sedar atau tidak sedar.."

Monday, 4 June 2012

Wirid Cintaku PadaMu



Tadaaaaaaaaaaa........ Meera, tq coz knalkan kmk dgn buku tok..buku tok amat berharga bg dirik kmk k...tetiba tadik time kmk kusyuk bc, hati rs hiba teramat sgt...dan myebabkan kmk terfikir, kmk sanggup kehilangan buku2 yang lain terutama buku chiken soup kmk yg berharga rm50++ ya, tapi kmk x sanggup kehilangan buku tok..huhuhuhu :( 
TQ meera



LOST


Tetiba jak hari tok rs rajin nak update blog…sebulan sekali kot nak update..ke 2 bulan sekali update? Ahaha....blog tempat untuk diri ini meluahkan perasaan… disebabkan tiada tempat nak meluah perasaan hati..kat ctok jaklah hati tok meluah…. :P (sebab skrg tgh dgr lagu lost ost Korean drama, post title pun ku letak LOST )

Wahai Allah, limpahkanlah kepadaku kekuatan untuk mencintaimi,
Mencintai orang yang mencintaimu, dan mencintai perkara-perkara yang mendekatkan diri untuk mencintaimu. Jadikanlah rasa mencintaimu lebih aku sukai berbanding air dan embun (doa Nabi S.A.W)

Rindu

Duduk sendirian membuat hati terasa kekosongan…
Kadang-kadang kesedihan datang bertandang..
Rindunya…. Seolah-olah sesuatu berada jauh dari diri ini….
Semakin hari semakin jauh..
Kelibatnya tidak dapat di kesan…
Lama aku memikirkannya… tapi kelibat siapa?
Otak aku ligat berfikir….tetiba aku teringat kisah beberapa bulan yg lalu..
Tapi, knapa perlu dia?
Perasaan rindu datang kembali…
Arghhhhh…semakin dibuang, semakin diingat….
Arghhhhhhhhhhh….. Ya Allah..tolong buang perasaan ini… L

Wednesday, 25 April 2012

Waaaaa...aku kembali

sudah lama aku meninggalkan blog ini...akhirnya aku datang kembali....
akan mula mengaktifkan diri selepas ini utk mengadd sapa2 utk dijadikan
kenalan dan rakan kongsi ilmu yg diperolehi...dan mungkin akan menjalankan aktiviti perniagaan disini...
mmmmmmmmmmmm..menarik..kt tunggu dan lihat.... ^^

Thursday, 15 March 2012

Cinta Sampai Syurga

Bismillahirrahmanirrahim...In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Ya Allah,
damaikan hatiku yang gundah ini
sungguh....aku tak dapat menahan rasa cinta ini dari terus berputik
Kau Maha Tahu akan isi hatiku
sampaikanlah rasa cintaku ini pada dirinya
aku takut apakah cinta ini akan diterima atau sebaliknya
kerna aku hanyalah orang biasa...

Tipu kalau saya cakap saya tidak mempunyai perasaan seperti ayat diatas..itulah luahan rasa hati ini..
tapi, sapalah diri ini...sekadar insan biasa..diri ini hanya mampu berdoa dan berserah kepada Ilahi..
sesungguhnya Tuhan itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku dimuka bumi ini..
Dia lah yang lebih tahu apa yang terbaik buat diri ini... Sesungguhnya, telah tertulis dari azali setiap jodoh dan ajal setiap manusia yang diciptakanNya..


"Bila mana seorang bayi dilahirkan, telah tercatat di Luh Mahfuz Allah, siapakah jodoh dan ajal mautnya...apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa agar dikurniakan yang terbaik dalam diri ini...dan beringatlah untuk mendapatkan yang terbaik, diri kita sendirilah yang dahulu perlu menjadi baik..."


Kepada sahabat-sahabat yang ingin bercinta, kita perlu tahu 3 jenis jodoh...ehemmmmm, amik dari filem syurga cinta k :p ;
  1. Jodoh yang diilhamkan syaitan, iaitu kamu berjumpa dengganya, berpegangan tangan, berhibur dengannya dan kemudia tidur dengannya, dia kemudiannya hamil dan kamu menikahinya
  2. jodoh yang diilhamkan jin, iaitu kamu mencintanya tetapi dia tidak mencintai kamu, kamu menyihirkannya dan membomohkannya untuk berkahwin denganya
  3. Jodoh yang diilhamkan Allah, kamu bertentang mata dengannya, lahir perasaan cinta dihati kamu terhadapnya dan lahir perasaan cinta darinya terhadap kamu, kamu meminangnya untuk dijadi permaisuri rumah tangga kamu

Khas untuk kaum Adam;

"Cinta bukannya untuk mainan, cinta bukan untuk dipersendakan, cinta yang diperlukan wanita adalah cinta yang ikhlas datang dari hati..cinta yang bersedia untuk hidup semati.."

Khas untuk kaum Hawa;
 
"Jadilah wanita umpama bunga dalam kaca, tidak mudah didekati dan hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya.."  


Ececececece....Meera, tolong jangan gelak.... ini entry khas ditujukan kepada ktk...tersentuh x ktk? eheheheh... :p
Demi perjanjian yang telah kmk buat utk memberi link blog kmk tok utk dibaca ktk, ilham utk membuat satu entry khas utk ktk tetiba dtg... (^_~) ..ktk bertuah..sebabnya, ktklah satu2nya sahabat kmk yang tahu kmk memiliki blog..ahahaha...terima kasih kerna sudi menjenguk blog dan membaca blog kmk yang x seberapa mcm blog ktk...(segan ehhhh...blushing dah muka kmk tok......) insyaAllah, lps ini mungkin diri ini akan aktif dalam dunia blog2 ini.. :p

Adios...bye2.... (^_^)





Wednesday, 14 March 2012

Adakah masih ada lagi Subuh esok untukku?

Oh Tuhan
HambaMu in kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain dan lebih dariMu

Oh Tuhan
HidayahMu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi padaMu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lanataran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjukMu
Untuk ku meniti ke jalan redhaMu
izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untukMu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
AmpunanMu ku damba

SAUJANA- Jika Terakhir buatku

  "Sesungguhnya, taubat disisi Allah hanyalah taubat bg org2 yg mgerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yg kemudian mereka btaubat dgn segera, maka mereka itulah yg diterima Allah taubatnya dan Allah Maha Mgetahui lagi Maha Bijaksana" - Surah an-Nisaa 

::Ya Allah, Ampunkanlah Dosa Hambamu yang Hina ini...aku tidak layak ke SyurgaMu, tapi aku juga tidak sanggup ke NerakaMu..::

Tuesday, 13 March 2012

" Dendam Dalam Diam "

Tengok tajuk entri kat atas tu, msti akan teringat dengan lagu Nora kan.. "dendam dalam diam".. lagu yang sungguh menyentuh hati sesiapa yg mendengarnya...x caya? g lah dengar... confirm sekali dgr pasti nak dgr lagi... hohohhoho...g lah dengar....

Ada sebab aku buat tajuk entri mcm tu..sebabnya...kt akan berbicara pasal HATI
semuanya bermula dari hati.... sebab apa kt berdendam???? permulaannya adalah dari hati..
kalau hati kt x baik....maka, wujudlah perasaan dendam dalam diri kita... tapi, sebagai manusia biasa, kt x terlepas dari perasaan mcm tu...mmmmmm, cthnya aku...kadang2, bl teringat balik apa dah org buat jahat kat kt, pasti perasaan sakit hati akan wujud, dan akan muncullah perasaan dendam dalam diri, jiwa dan hati.... bahaya kan.... Nauzubillah... tapi, sapalah aku untuk mengelak perasaan itu smua, kerna aku tahu, aku hanyalah insan biasa.. cuma satu je yg aku mampu buat adalah dengan berDOA... 

" Ya Allah, peliharalah hati dan jiwaku ini, peliharalah mulut dan lidahku, peliharalah diriku dan hidupku didunia ini dan diakhirat" 

Hanya doalah yang aku mampu lakukan bagi mengelakkan perasaan sakit hati dan dendam dalam diam (ecececececece......) 
satu benda je kt perlu ingat...Jagalah HATI...untuk berubah ke arah kebaikan, HATI kt perlulah bersih, dan suci..sentiasalah berdoa agar Hati sentiasa dipelihara.... SubhanaAllah...

 "Ya Allah, teguhkanlah Imanku sehingga akhir hayatku"

Aurat Seorang Wanita

Aku bukanlah seorang yang alim dalam bab-bab agama...kadang-kadang, bila usia semakin menginjak dewasa, kita ingin sekali berubah kearah kebaikan...berubah menjadi baik kerana Allah Taala..why not, kt mula dari yang asas...belajar ckit-ckit...lama2 insyaAllah kt akan berubah menjadi muslimah yang sejati ..so, aku share lah ckit pasal aurat....tetiba nak share coz smalam terbaca satu buku pasal hadis...mula2 agak confius, cthnya, aku x tau pun yang aurat wanita dengan bapa mertuanya dibolehkan.. so, bertanyalah dgn seorang mmber yg arif dalam agama..dan dia pun bg lah penerangan pasal aurat wanita dengan sapa aurat wajib kt tutup dan tidak.. pastu aku bukan tanya pada seorang je..aku tanyelah sorg lagi member yg pun arif dalam agama.. alhamdulillah, aku fahamlah apa maksud hadis yang aku baca malam tadi... disini, aku sharelah apa yg member aku bagi..kt share benda yang baik...so, selamat beramal!!!!! (^_~)


Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :


1.Suami


2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa


3.Ayah mertua 


4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan


5. Anak-anak suami


Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.


6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa


7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya


8. Anak saudara dari saudara perempuan


9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama


10. Hamba sahaya


11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat


12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.


Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :


" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya". 

Monday, 12 March 2012

If

" If my heart still beat when i'm older, i want to experience more tragic love and beautiful love... If my heart still beat when i'm older, i'm going to run through every street in the world with the man i share that love with....If my heart still beat when i'm older, i want to meet the love of my life on a rainy day with sparkling raindrops.."" (summer scent, 2003)


Friday, 9 March 2012




Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Quran itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat- ayat al-Quran, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.


PS/ Jom kita amalkan selalu membaca ayat kursi sebelum dan selepas solat (^_~)