Aku bukanlah seorang yang alim dalam bab-bab agama...kadang-kadang, bila usia semakin menginjak dewasa, kita ingin sekali berubah kearah kebaikan...berubah menjadi baik kerana Allah Taala..why not, kt mula dari yang asas...belajar ckit-ckit...lama2 insyaAllah kt akan berubah menjadi muslimah yang sejati ..so, aku share lah ckit pasal aurat....tetiba nak share coz smalam terbaca satu buku pasal hadis...mula2 agak confius, cthnya, aku x tau pun yang aurat wanita dengan bapa mertuanya dibolehkan.. so, bertanyalah dgn seorang mmber yg arif dalam agama..dan dia pun bg lah penerangan pasal aurat wanita dengan sapa aurat wajib kt tutup dan tidak.. pastu aku bukan tanya pada seorang je..aku tanyelah sorg lagi member yg pun arif dalam agama.. alhamdulillah, aku fahamlah apa maksud hadis yang aku baca malam tadi... disini, aku sharelah apa yg member aku bagi..kt share benda yang baik...so, selamat beramal!!!!! (^_~)
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
No comments:
Post a Comment